SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PSS


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.

8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.



SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN 

1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVP dan lain-lain media Teknologi
4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua


SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN

URUSAN AWAM
a. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
b. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
c. Menjaga kebersihan perpustakaan

PINJAMAN
a. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
b. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
c. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
d. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman

PEMBELIAN
a. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli

MEMPROSESKAN BUKU-BUKU
a. Menyediakan senarai rak
b. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
c. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
d. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya



MEMPERBAIKI BUKU
a. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
b. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU
a. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya



MENAIP
a. Pengautomasian PSS
b. Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya

REKOD
a. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
b. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
c. Menyusun Kad-kad Katalog

SERANTA
a. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya

LAIN-LAIN TUGAS
a. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
b. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua

No comments:

Post a Comment